Thursday 28 July 2011

Holland Lop vs Lionhead

MINGGU KE-4

Ceriter banyak pun tak guna...

Dari pemerhatian minggu ke-4 didapati 3 beradik ni lebih mirip kepada Lionhead genetic. Hal ini berdasarkan keadaan bulu, telinga  dan bentuk muka. Walau bagaimana pun, pihak kami tidak menolak kemungkinan 3 beradik ini akan bertukar kejadiannya menjadi Lion Lop. 

Lion Lop adalah sejenis baka baru yang hanya dijumpai di Malaysia. Baka ini terhasil akibat daripada penternak yang tidak berdisiplin dan tak cukup modal macam aku. Hal ini ditambah lagi dengan induk Hollad Lop betina aku yang tak matang-matang...

Kisah 3 beradik ini akan diupdate sekali lagi pada minggu ke-8 kelahirannya. Gambar-gambar di bawah ini akan memberi sedikit sebanyak info untuk laporan bulan depan. Akhir kata, Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang akan menjelang tiba. Wasalam.....

Holland Lop?..

Lion Lop?...

Lionhead?...

Laporan terdahulu sila rujuk : http://tropicalparkrabbitry.blogspot.com/2011/07/penghuni-baru-tpr.html

Friday 15 July 2011

Penghuni Baru TPR

Sire : Holland Lop (3 gen pedigree)
Dam : Lionhead Double Mane (MM)

Kesimpulan awal.

Aku tak tau ikut baka apa si anak arnab ni (sekarang ni masuk minggu ke-3).

Anak yang dilahirkan semuanya 4 ekor. Seekor Lionhead Double Mane dan 3 ekor lagi seperti dalam gambar kat bawah ni... Tapi yang Lionhead tu dapat bertahan 5 hari sahaja. Yang 3 ekor ni aku tak tau adakah Lionhead No Mane/Single Mane atau Holland Lop/Holland tang tak Lop....

Aku akan update lagi pasal kisah 3 ekor anak arnab ni minggu depan...

Kalau ada sebarang komen, sangat dialu-alukan...

Aktiviti selepas bangun tido...
Lionhead atau Holland Lop?
Holland Lop tapi telinga ikut Lionhead... Mcm mana tu...

Friday 8 July 2011

Lionhead

Sedikit info tentang Lionhead.

Jadual di bawah adalah kebarangkalian kelahiran arnab anda jika...
...anda bercadang untuk membiak arnab berkepala singa... Selamat mencuba....


Untuk maklumat lanjut..
Mane : http://tropicalparkrabbitry.blogspot.com/2011/06/lionhead.html
Double mane (MM) untuk dijual : http://tropicalparkrabbitry.blogspot.com/p/for-sale.html


Thursday 7 July 2011

Koleksi Holland Lop TPR

TLR's Fred
TLR's Secret

Budak-budak 2 ekor kat atas ni adalah ikon kepada Tropical Park Rabbitry... Tq to Tim...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...