Friday 20 July 2012

Bagaimana Memilih Arnab


Dalam post kali ini kita akan membincangakan bagaimana memilih arnab. Apakah kualiti yang kita inginkan.

Perhatikan gambar, diantara 4 beradik ini, yang mana satu mempunyai kualiti terbaik.






English Angora yang baik mempunyai kepadatan bulu yang tinggi, telinga yang melentik dan berbulu lebat.

Yang mana satu pilihan anda....

Monday 2 July 2012

English Angora


Arnab berbulu panjang seperti Angora, Teddy Bear, mungkin juga Lionhead memerlukan penjagaan rapi. Mungkin hal  ini kelihatan rumit pada permulaannya, tetapi akan jadi mudah jika kita tahu akan muslihatnya.

Di TPR kami memiliki 3 jenis arnab berbulu panjang iaitu American Fuzzy Lop, Lionhead dan English Angora. Diantara ketiga-tiga jenis ini, English Angora yang paling rumit penjagaannya. 

English Angora memiliki bulu yang sifatnya akan sentiasa memanjang. Bulu perlu dipotong pendek setiap 4 bulan sekali kerana pada bulan ke-4 panjang bulunya boleh mencapai 2.5 inci (6cm). Pemotongan setiap 2 bulan adalah digalakkan.

Bermula bulan ketiga, bulu arnab perlu disikat lebih kerap, setiap 3 hari sekali berbanding seminggu sekali bagi bulan pertama dan ke-2 untuk mengelakkan kekusutan.

 Memotong pendek bulu English Angora sebenarnya baik untuk anda dan arnab anda.
1. Mengurangkan kepanasan kepada arnab
2. Pergerakan arnab lebih mudah
3. Tidak perlu disikat selalu - densiti bulu akan menjadi lebih padat kerana kurang bulu gugur
4. Arnab akan mula kencing di dalam bekas makanan jika mata tertutup dengan bulunya
5. Bulu yang panjang jika terkena air akan mudah kusut, jika dibiarkan boleh menyebabkan kurap

 Muslihat di atas adalah dari pengalaman kami membela beberapa ekor English Angora. Mungkin pengalaman anda berbeza.

Berikut ini adalah contoh seekor English Angora yang telah mendapat layanan seperti di atas. Ketika gambar ini diambil bulunya baru masuk bulan ke-3. Pada asalnya arnab ini megalami kekusutan tahap 5 (Bulu kusut sehingga ke kulit kerana terkena tempias hujan dan lambat diberi rawatan).

 
 
 Akhirnya arnab yang kami gelar En. Blue ini telah menyerlahkan kehensemannyer...

Note :
Warna pangkal bulu EA adalah putih, maka tidak hairanlah EA anda bertukar warna apabila bulu dipotong.
Jika anda memilki tips yang lain, harap dapat berkongsi dengan kami.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...