Sebelum arnab anda menjadi sate, suka saya untuk berkongsi tentang khasiat daging arnab.
Dalam beberapa penemuan terkini daging arnab dikatakan mengandungi ketotifen iaitu bahan yang mujarab dalam pembasmian dan rawatan penyakit asma. Ia juga dikatakan mujarab sebagai bahan alternatif dalam perawatan penyakit yang berkaitan dengan masalah paru-paru.
Mengikut sumber yang dipetik dari tulisan risalah Cina lama, bahagian arnab yang paling mujarab terletak pada hati. Kaedah masak dengan cara merebus adalah yang terbaik untuk mempertahankan kadar gizi dan kandungan ketotifen.
Kepala arnab yang terdapat otak di dalamnya dikatakan boleh meningkatkan kesuburan wanita.
Dagingnya yang terkenal dengan kadar protein yang tinggi dan kolesterol yang rendah adalah amat baik untuk kesihatan.
Penis serta testis haiwan ini dikatakan boleh meningkatkan tenaga dalaman kaum lelaki.
Jadi, apa yang ditunggu lagi, marilah kita sediakan bahan-bahan untuk membuat sate arnab...
Note :
Maklumat diatas dipetik dari tulisan risalah Cina lama dan ahli-ahli homeopati antarabangsa terutamanya dari Pakistan dan http://lamanshaniza2u.blogspot.com/2010/05/satay-arnab.html
Bahan:
1 ekor arnab yang siap diproses (dipotong kecil2)
5 Batang serai (kisar halus)
½ kilo bawang merah (kisar halus)
200 gram halia (kisar halus)
300 gram lengkuas (kisar halus)
50 gram jintan manis (kisar halus)
30 gram jintan putih (kisar halus)
50 gram kunyit (kisar halus)
1 cawan gula pasir
5 camca teh garam
Cara membuat satay arnab;
1. Daging arnab yg dipotong kecil diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan.
2. Bakar seperti membakar satay biasa...
Untuk kuah Satay
½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 1/2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa
Cara membuatnya;
1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.
2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)
3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.
4. Didihkan campuran tadi.
5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.
7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay arnab.
8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala.
Selamat mencuba.....
Note :
Maklumat diatas dipetik dari http://lamanshaniza2u.blogspot.com/2010/05/satay-arnab.html
Harga Sate Kajang Samuri :
Sate Ayam [chicken] RM0.60 per stick
Sate Daging [beef] RM0.60 per stick
Sate Kambing [goat] RM1.20 per stick
Sate Arnab [rabbit] RM2.00 per stick
Untuk maklumat lanjut :
Sate Kajang Hj Samurai MKT S/B (710811-H)
Lot1,2, & 3, Tgkt Bawah & Tgkt 2
Bangunan Dato Nazir Jln Kelab 4300 Kajang
Tel : 03 - 87371853
Lot1,2, & 3, Tgkt Bawah & Tgkt 2
Bangunan Dato Nazir Jln Kelab 4300 Kajang
Tel : 03 - 87371853