Monday, 21 November 2011

Kenapa Arnab?

Kenapa arnab menjadi pilihan sebagai binatang peliharaan. Kenapa tidak kucing, anjing, kura-kura, ular, kuda, lembu, kambing, dinosaur, labi-labi atau pun cipan?

Kerana arnab....
  1. Tidak memerlukan ruang yang luas. Sangkar dengan keluasan 4 kali ganda saiznya sudah memadai dan dianggap selesa untuk seekor arnab.
  2. Kos makanan yang rendah. Arnab dewasa yang mempunya berat 3kg hanya memerlukan 1/2 cawan pelet sahaja sehari iaitu lebih kurang 60 gram. Jika pelet arnab anda berharga RM3.00 sekilo, kos sehari hanyalah RM0.18 sahaja. Selebihnya berikan arnab anda timothy hay. Sekilo timothy hay berharga RM10.00 boleh bertahan sehingga 2 bulan. Bermakna kos timothy hay sehari hanyalah RM0.17. Total keseluruhan makanan RM0.35 sehari.
  3. Penyelenggaraan yang mudah. Sangkar arnab hanya perlu dibersihkan 3 hari sekali.
  4. Arnab tidak pandai menyalak di tengah malam atau mengokok (berkokok) di awal pagi. Tidak mengganggu jiran-jiran anda.
  5. Arnab tidak perlu dimandikan, maka anda tidak akan dibebani bil air yang melampau.
  6. Arnab sedap dijadikan rendang, sate, sup atau dipanggang begitu sahaja bila aku rasa macam dah boring nak bela arnab. Ha.. ha.. ha...
Aktiviti tokey arnab bersama arnab-arnabnya.... Layan...
Lionhead

Umur : 16 hari

Dutch

Akan dilelong tak lama lagi...

Tokey arnab tengah ambik order...

Comel, bijak dan manja.... Adakah anda yang arnab cari...

 Note : Maklumat di atas adalah dari pengalaman kami di TPR dan hanya boleh dibuat sebagai rujukan tambahan sahaja. Untuk meklumat yang lebih lanjut sila berhubung dengan Jabatan Haiwan yang berdekatan di tempat anda.




1 comment:

  1. yupppp sekarang ni lionhead mmg dah popular ... dah mahal ada yang jejak RM300 sepasang... nak bela pun senang... so kat sini aku banyak belajar tentang arnab... thanks bagi info yang aku baru belajar...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    air balang kenduri kahwin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...