Saturday 3 May 2014

Siamese Sable

Adakah ini kaler siamese sable? Sama-sama kita nantikan...

Monday 10 March 2014

Sunday 12 January 2014

Bagaimana Menjadi Penternak Arnab Hias - Bhg. 2 (akhir)



Adakah anda ingin menjadi seorang penternak arnab?
Apakah matlamat kewangan anda?
Adakah cukup sekadar minat sahaja?



Matlamat kewangan adalah sangat penting. Tentukan berapa nilai jualan yang perlu anda capai. Tentukan kos operasi yang mampu anda tanggung sehingga pulang modal. Tentukan tempoh pulang modal.

Seterusnya tentukan target market anda. Target market berlu bersesuaian dengan kualiti produk dan imej yang anda bawa. Khidmat selepas jualan yang bagaimana yang mampu dan yang ingin anda berikan.

Mungkin dengan cara lain, bagaimana untuk anda membina target market.

Setelah anda mempunyai pelanggan, bagaimana pula membina kesetiaan pelanggan.
Apakah program-program yang anda atur untuk pelanggan-pelanggan anda. Mungkin program yang dapat meningkatkan pengetahuan atau kecekapan mereka mengendalikan produk yang anda jual kepada mereka. Contohnya kelas grooming EA atau kelas memotong kuku Rex atau mungkin juga mereka boleh menyertai pertandingan yang anda anjurkan dengan syarat mereka membeli arnab baka tulin daripada anda.

Bukan sekadar menjual...
1.      Membina jenama
2.      Membina dan menjaga pelanggan
3.      Bantu pelanggan membina matlamat
4.      Berkongsi dan membantu dengan jujur. 

Sebaikya, perniagaan bermula dengan modal dan usaha yang kecil tapi berterusan... Berterusan membuat peningkatan, berterusan membuat keuntungan, berterusan menjana pendapatan... Mudah-mudahan suatu hari nanti menjadi jutawan...
Walau apa pun yang berlaku, tetap bertahan. Ujian hebat sememangnya sedang menanti anda...


Note : Ini adalah nasihat untuk diri sendiri....

Bagaimana Menjadi Penternak Arnab Hias - Bhg. 1

Matlamat?
Strategi?
Tools?...


Apakah matlamatnya?
1. Meningkatkan kualiti baka
2. Menambah pendapatan

Setiap matlamat perlukan strategi dan tools..

Strategi untuk meningkatkan kualiti baka.
  1. Pilih baka yang sesuai dengan tempat atau kawasan anda.
  2. Biakkan secara optimum. Biarkan anak yang dilahirkan dewasa. Pilih seekor yang mempunyai kualiti terbaik untuk dijadikan induk. Ulangi langkah ini sehingga anda mendapat kaualiti yang stabil dan mencapai  aras yang anda tentukan. Contoh: EA dan Standard Rex akan diketahui kualitinya pada bulan ke-4. Lagi bagus tunggu hingga bulan ke-6.
  3. Elakkan pembiakkan secara in-breeding, tapi gunakan kaedah line-breeding. Kecacatan genetik risiko yang perlu anda hadapi jika menggunakan kaedah in-breeding.
Peralatan atau kelengkapan untuk meningkatkan kualiti baka 

  1. Pembelian baka perlu dari penternak yang anda percaya  dan boleh dipercayai. 
  2. Kuantiti sangkar perlu cukup, selesa dan sesuai untuk jenis baka yang anda biakkan.
  3. Diet utama dan selingan yang sesuai.
  4. Fahami jenis penyakit dan kaedah rawatan.
Post seterusnya berkaitan  bagaimana untuk mencapai matlamat menambahkan pendapatan...

Note : Ini hanyalah sekadar pendapat atau  cadangan secara kasara sahaja.

Monday 16 December 2013

English Angora

Kelahiran 15 November 2013 (umur sebulan). Kedua-duanya betina. Yang hitam jenis bulu kasar dan yang broken black bulu kapas. Belu jenis kapas sememangya lembut tetapi memerlukan penjagaan yang lebih teliti berbanding bulu kasar.







Thursday 12 December 2013

Bantuan selepas kelahiran - Arnab Bhg. 3 (Akhir)

Pada hari ke-6 kebiasaanya anak arnab sudah mula merangkak walaupun dalam keadaan mata tertutup. Anak arnak mula buka mata pada hari ke 12 atau 13. Cara susuan yang sesuai pada ketika ini adalah seperti gambar di bawah.
Anak diletakkan di  dalam bakul

Arnab mencari ibunya

Susuan berjaya
Selepas anak arnab buka mata, bolehlah diletakkan sahaja bersama ibunya. Tidak perlu diasingkan lagi.

Friday 6 December 2013

Bantuan selepas kelahiran - Arnab Bhg. 2

Post kali ini sambungan teknik susuan untuk anak arnab untuk hari ke-3 hingga hari ke-5.

Teknik susuan sepertimana yang dilakukan pada petang hari ke-2. Ibu arnab diletakkan di dalam baku kecil. Kepala diusap supaya arnab menjadi tenang. Anak diletakkan perlahan-lahan dibawah perut bermula dengan anak yang paling kecil.

Teknik susuan petang hari ke-2 hingga hari ke-5.
Selepas selesai, diletakkan kembali dalam bakul berasingan.
Inilah anak yang paling kecil.
Perut bulat menandakan susuan berjaya.
Teknik susuan hari pertama dan pagi hari ke-2.
 Sambungan seterusya untuk teknik susuan hari ke-6 sehingga anak arnab buka mata.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...