Wednesday 19 December 2012

8 Minggu New Zealand White

Sekadar nak berkongsi gambaran tentang New Zealand White jika anda bercadang membiak baka ini.

Friday 14 December 2012

Dutch Rabbit (pure breed)

Anak Dutch baru buka mata

Dutch tergolong dalam kategori compact. Tingkah-laku lincah. Sangat menyenangkan bila dilepaskan. 

 Lentok habis..

 Garisan yang sempurna

Friday 7 December 2012

New Zealand White - Lelong

Kami telah membeli sekandang arnab pedaging dari seorang pengusaha di daerah Kulaijaya.

Baka yang dibeli termasuklah New Zealand White, Giant Chinchilla dan Flemish Giant.

Kami terpaksa melepaskan 13 ekor induk jantan kerana tempat yang tidak mencukupi.
Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Berat kurang 3kg = RM80.00
Berat antara 3kg - 4kg = RM120.00
Berat antara 4kg - 5.5kg = RM250.00
Berat melebihi 5.5kg = (tiada stok)

Untuk sebarang pertanyaan dan urusan jual beli, sila hubungi 013-7000 922 (Zaki Harizaki)




Thursday 6 December 2012

Lionhead Lepas Sarang

Untuk pertama kalinya 5 ekor anak Lionhead pijak tanah. 
Umur 3 minggu.

Kehadiran 5 ekor anak Lionhead (pure breed) menceriakan kembali ladang kami setelah hampir 2 bulan terputus bekalan  arnab.

 Semua kena berkumpul sebelum dilepaskan. 

 Proses membahagi kawasan

 Ok. pembahagian kawasasn selesai

 Berpecah...

 Ini kawasan aku...

 Kau punya sana tu...

 Akhirnya...

 Lepak...

Kembali ke sarang.

Friday 23 November 2012

Stok Arnab Diperlukan..


Kami di TPR sedang mengalami kekurangan stok arnab. Arnab yang kami borong dari penduduk sekitar Kulaijaya dan Senai hanya bertahan sehari sahaja. Semuanya telah habis....

Kepada sesiapa yang memiliki lebihan stok arnab sila hubungi TPR.


Monday 5 November 2012

Local Mix (Blue Satin Rex vs. Kampung Albino)

Kiutnyer budak ni...

Kaler biru dan tanda putih pada dahinya menjadi kombinasi yang sangat sempurna walaupun tanpa unsur kilauan satin.
 

Wednesday 31 October 2012

Susu untuk Arnab

Ada beberapa senario di mana anda perlu menyusukan anak arnab.
  1. Anak arnab kematian ibunya.
  2. Kelahiran melebihi 6 ekor. Kemungkinan terjadi susu tidak mencukupi.
  3. Anak arnab mengalami kesukaran menghisap susu.
  4. Ibu arnab tidak mahu menyusukan anaknya.
Sebelum anda membuat keputusan menyusukan anak arnab, anda perlu tahu bahawa susu arnab sangat tinggi nutrisinya  dan tidak boleh diganti dengan susu lembu. Susu yang hampir setanding dengan susu arnab adalah susu kambing. Ya, anda boleh susukan anak arnab anda dengan susu kambing segar.

Apakah peluang arnab untuk hidup jika bergantung sepenuhnya dengan susu formula atau susu kambing segar?

Jika anak arnab yang anda susukan berusia kurang 2 minggu, peluang untuk ia hidup hanyalah sekitar 10% sahaja. Iaitu untuk setiap 10 ekor, hanya seekor sahaja yang akan hidup.

Jika arnab berusia lebih 2 minggu (telah buka mata) peluang untuk terus hidup sekitar 80%.

Bertindak atau biarkan sahaja anak arnab anda itu mati....

Berdasarkan pengalaman kami dan nasihat daripada veterinar, kami telah memilih  susu formula terbaik (paling sesuai) untuk arnab anda. Mudah-mudahan 1 daripada 10 arnab yang hidup itu berkat  dari usaha anda. Insyallah.....

RM2.50/10gram (re-pack).




Tuesday 23 October 2012

Kami Membeli Arnab Anda



Kepada sesiapa yang terlebih stok arnab, atau dah rasa macam  nak bersara membela arnab, kami sedia membeli arnab anda.....

Untuk permulaan, tawaran dibuka kepada penduduk Kulaijaya sahaja.
Harga akan dibincangkan kemudian.
Pembelian akan dibuat secara borong.


Monday 15 October 2012

Bagaimana Menjadi Penternak Arnab.

Lionhead pure breed (Berat maksimum 1.2kg)

Apakah persolan utama untuk menjadi seorang penternak arnab daging yang berjaya dan berjaya bagaimana yang kita inginkan?

Persoalan utama untuk menjadi penternak arnab  daging.
  1. Baka arnab yang paling sesuai.
  2. Makanan arnab yang terbaik,  dan yang terbaik untuk kesihatan kocek anda.
  3. Pasaran yang terbaik untuk untuk memasarkan arnab anda dan apa-apa yang boleh dipasarkan hasil  daripada arnab anda. 
Baka yang paling sesuai dan rasanya mudah untuk diperolehi di Malaysia adalah Giant Chinchilla. Sebab apa? Kerana arnab jenis ini sangat efisyen menukar makanan menjadi daging. Itu ikut pengalaman TPR la... Lagi baik kalau arnab betina pure breed Giant Chinchilla dan arnab jantan Flemish Giant. Dalam masa 60-65 berat boleh mencapai 3.5kg. Tapi faktor suhu kandang dan permakanan perlu di ambil kira.

Makanan yang terbaik untuk untuk arnab anda adalah makanan percuma yang tidak perlu dibeli. Anda tidak akan terperangkap dengan permainan pembekal makanan arnab yang sesuka hati menaikan harga pelet ketika bisnes baru nak pulang modal. 

Makanan arnab percuma?... Kat mana?...
Tidak lah percuma.... kalau betul nak buat penternakan arnab secara commercial anda perlu menguasai teknologi pembuatan makanan arnab terlebih dahulu... Cukuplah pengalaman rakan-rakan menjadi pengajaran...

Sila rujuk di youtube untuk asas pembuatan pelet arnab....

Pasaran yang paling baik untuk arnab.... 
  1. Pasar tani
  2. Online
  3. Supply ke restoran anda sendiri
  4. Supply ke kilang membuat burger dan sate arnab anda sendiri.
 Harap maklumat yang dikongsi dapat membantu anda menjadi jutawan arnab. Selamat berusaha..

Mahal tu sate arnab....




Saturday 1 September 2012

Lelong Raya...


 Holland Lop, Giant Chinchilla, Dutch... Semuanya untuk dilelong...





Wednesday 8 August 2012

Friday 20 July 2012

Bagaimana Memilih Arnab


Dalam post kali ini kita akan membincangakan bagaimana memilih arnab. Apakah kualiti yang kita inginkan.

Perhatikan gambar, diantara 4 beradik ini, yang mana satu mempunyai kualiti terbaik.






English Angora yang baik mempunyai kepadatan bulu yang tinggi, telinga yang melentik dan berbulu lebat.

Yang mana satu pilihan anda....

Monday 2 July 2012

English Angora


Arnab berbulu panjang seperti Angora, Teddy Bear, mungkin juga Lionhead memerlukan penjagaan rapi. Mungkin hal  ini kelihatan rumit pada permulaannya, tetapi akan jadi mudah jika kita tahu akan muslihatnya.

Di TPR kami memiliki 3 jenis arnab berbulu panjang iaitu American Fuzzy Lop, Lionhead dan English Angora. Diantara ketiga-tiga jenis ini, English Angora yang paling rumit penjagaannya. 

English Angora memiliki bulu yang sifatnya akan sentiasa memanjang. Bulu perlu dipotong pendek setiap 4 bulan sekali kerana pada bulan ke-4 panjang bulunya boleh mencapai 2.5 inci (6cm). Pemotongan setiap 2 bulan adalah digalakkan.

Bermula bulan ketiga, bulu arnab perlu disikat lebih kerap, setiap 3 hari sekali berbanding seminggu sekali bagi bulan pertama dan ke-2 untuk mengelakkan kekusutan.

 Memotong pendek bulu English Angora sebenarnya baik untuk anda dan arnab anda.
1. Mengurangkan kepanasan kepada arnab
2. Pergerakan arnab lebih mudah
3. Tidak perlu disikat selalu - densiti bulu akan menjadi lebih padat kerana kurang bulu gugur
4. Arnab akan mula kencing di dalam bekas makanan jika mata tertutup dengan bulunya
5. Bulu yang panjang jika terkena air akan mudah kusut, jika dibiarkan boleh menyebabkan kurap

 Muslihat di atas adalah dari pengalaman kami membela beberapa ekor English Angora. Mungkin pengalaman anda berbeza.

Berikut ini adalah contoh seekor English Angora yang telah mendapat layanan seperti di atas. Ketika gambar ini diambil bulunya baru masuk bulan ke-3. Pada asalnya arnab ini megalami kekusutan tahap 5 (Bulu kusut sehingga ke kulit kerana terkena tempias hujan dan lambat diberi rawatan).

 
 
 Akhirnya arnab yang kami gelar En. Blue ini telah menyerlahkan kehensemannyer...

Note :
Warna pangkal bulu EA adalah putih, maka tidak hairanlah EA anda bertukar warna apabila bulu dipotong.
Jika anda memilki tips yang lain, harap dapat berkongsi dengan kami.




Monday 25 June 2012

TPR Keluar Sarang

Dengan persediaan yang tak seberapa, TPR dengan semangatnya telah menghadirkan diri di Pasar Tani Flet Temenggung, Kulaijaya pada 24 June 2012 yang lepas.

Tak banyak yang dapat dibawa dengan kenderaan rasmi TPR (Gen2 kuning). 4 biji sangkar saiz D304, sedikit aksesori dan 3 orang pembantu sudah cukup menyesakkan.

Sambutan sangat menggalakan. Tak cukup lidah En. TPR nak beri penerangan...

Kesimpulan aktiviti keluar sarang :

Pada pendapat TPR, orang ramai di luar sana sangat mengalu-alukan kahadiran penternak, pencinta, pemilik arnab untuk mempamerkan, bekongsi maklumat, berkongsi hobi dengan mereka. Kami di TPR juga  begitu. 

Sesiapa yang ingin menyertai kami di Pasar Tani Flet Temenggong setiap pagi Ahad, boleh hubungi kami di TPR. 

Semoga aktiviti keluar sarang ini akan lebih meriah pada minggu-minggu yang akan datang.


Note : 
Oleh kerana TPR tidak mempunyai lesen pasar tani, kami hanya berniaga di kawasan letak kereta bersama peniaga-peniaga lain yang takde lesen.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...