Wednesday 31 October 2012

Susu untuk Arnab

Ada beberapa senario di mana anda perlu menyusukan anak arnab.
  1. Anak arnab kematian ibunya.
  2. Kelahiran melebihi 6 ekor. Kemungkinan terjadi susu tidak mencukupi.
  3. Anak arnab mengalami kesukaran menghisap susu.
  4. Ibu arnab tidak mahu menyusukan anaknya.
Sebelum anda membuat keputusan menyusukan anak arnab, anda perlu tahu bahawa susu arnab sangat tinggi nutrisinya  dan tidak boleh diganti dengan susu lembu. Susu yang hampir setanding dengan susu arnab adalah susu kambing. Ya, anda boleh susukan anak arnab anda dengan susu kambing segar.

Apakah peluang arnab untuk hidup jika bergantung sepenuhnya dengan susu formula atau susu kambing segar?

Jika anak arnab yang anda susukan berusia kurang 2 minggu, peluang untuk ia hidup hanyalah sekitar 10% sahaja. Iaitu untuk setiap 10 ekor, hanya seekor sahaja yang akan hidup.

Jika arnab berusia lebih 2 minggu (telah buka mata) peluang untuk terus hidup sekitar 80%.

Bertindak atau biarkan sahaja anak arnab anda itu mati....

Berdasarkan pengalaman kami dan nasihat daripada veterinar, kami telah memilih  susu formula terbaik (paling sesuai) untuk arnab anda. Mudah-mudahan 1 daripada 10 arnab yang hidup itu berkat  dari usaha anda. Insyallah.....

RM2.50/10gram (re-pack).




16 comments:

  1. Susu tu jenama apa?klau kat kedai2 biasa xde jual ea?lagi satu, kalau tak silap saya, puting arnab saya ni ade 8 sebab saya pernah kira. Tapi sy xpasti, adakah setiap arnab mempunyai jumlah puting yang berbeza atau semua arnab sama jumlah puting susu dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasenye semua putting arnab pon same ada 8.sebab yg saya punya pon ada lapan

      Delete
    2. Rasenye semua putting arnab pon same ada 8.sebab yg saya punya pon ada lapan

      Delete
  2. Susu jenama Milkodog. Susu ni ada jual kat petshop tertentu sahaja kerana biasanya dijual dalam kuantiti besar dan harganya agak mahal.

    Tidak pasti berapa puting susu arnab. Tapi saya ada seekor arnab kampung yang mempunyai 10 puting.

    ReplyDelete
  3. Arnab saya baru melahirkan dua ekor anak. Boleh ke sekiranya saya hanya berinya susu formula ini tanpa memberinya susu ibunya?

    ReplyDelete
  4. Adalah lebih baik arnab diberi susu ibunya. Pemberian susu formula 100% adalah jalan terakhir, kerana peluang untuk hidup hanya 10% sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brpe ml ye agak2 nk bg? Bncuhan brpe sudu, brpe ml air? Dah 3 anak arnab mati. Xtau punca sbb ape tp bg susu formula. Maknye x nk bg susu.

      Delete
    2. Kalau mak nya tak bagi susu..cuba time bagi mak dia makan letak anak arnab tu d bawah perut ibu nya..saya gunakan kaedah cam tu..

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam...saya de arnab yg umurnya 2 mgg...ibu nya dh mati..boleh ke kite bagi die mnm susu kambing higoat yg dijual dipasaran...skrg die dh 2 hari kena cirit birit

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum..arnab ibu pertama baru 3 hari lahirkan baby 5 ekor.di sebabkan takde pengalaman bela arnab semua baby mati tak cukup susu.
    Semalam ibu ke2 pula lahirkan 6 ekor baby.seekor ibunya makan.emm..sampai hati si ibu.so baby yg 5 ekor lagi sy bagi minum susu formula utk kucing.baru try bagi sehari tak tau la sesuai atau tidak.harap2 ok la

    ReplyDelete
  8. saya ade membela arnab... dlm masa 1 bulan... mmg kene asingkan baby tu dgn bapa die.. lps tu masukkan baby arnab baru lahir dlm bakul yg ade lapik kain dan letakkan bulu2 ibu die.. masukkan ibu dlm sangkar anak 2 kali sehari.. pagi dan malam.. biarkan die menyusu selama 5 ke 8 minit.. lps tu lps kan ibunya keluar.. masa menyusu kene tutup dan intai sikit2 je.. sbb ibu arnab takkan menyusukan anak die kalau ade org tengok.. dan die juge cenderung membunuh anak nye kalau die rase terancam...

    ReplyDelete
  9. Nak tanya,arnab saya melahirkan 4 ekor baby,umur baby baru 4 hari arnab saya pun mati ketika menyusui.sekarang nie apa yg saya nak bagi minum bayi arnab saya?

    ReplyDelete
  10. Boleh kh kalau tukar2 susu ibu dan milkodog blh ke tidak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...