Monday 16 December 2013

English Angora

Kelahiran 15 November 2013 (umur sebulan). Kedua-duanya betina. Yang hitam jenis bulu kasar dan yang broken black bulu kapas. Belu jenis kapas sememangya lembut tetapi memerlukan penjagaan yang lebih teliti berbanding bulu kasar.







Thursday 12 December 2013

Bantuan selepas kelahiran - Arnab Bhg. 3 (Akhir)

Pada hari ke-6 kebiasaanya anak arnab sudah mula merangkak walaupun dalam keadaan mata tertutup. Anak arnak mula buka mata pada hari ke 12 atau 13. Cara susuan yang sesuai pada ketika ini adalah seperti gambar di bawah.
Anak diletakkan di  dalam bakul

Arnab mencari ibunya

Susuan berjaya
Selepas anak arnab buka mata, bolehlah diletakkan sahaja bersama ibunya. Tidak perlu diasingkan lagi.

Friday 6 December 2013

Bantuan selepas kelahiran - Arnab Bhg. 2

Post kali ini sambungan teknik susuan untuk anak arnab untuk hari ke-3 hingga hari ke-5.

Teknik susuan sepertimana yang dilakukan pada petang hari ke-2. Ibu arnab diletakkan di dalam baku kecil. Kepala diusap supaya arnab menjadi tenang. Anak diletakkan perlahan-lahan dibawah perut bermula dengan anak yang paling kecil.

Teknik susuan petang hari ke-2 hingga hari ke-5.
Selepas selesai, diletakkan kembali dalam bakul berasingan.
Inilah anak yang paling kecil.
Perut bulat menandakan susuan berjaya.
Teknik susuan hari pertama dan pagi hari ke-2.
 Sambungan seterusya untuk teknik susuan hari ke-6 sehingga anak arnab buka mata.

Monday 2 December 2013

Bantuan selepas kelahiran - Arnab

Hari pertama kelahiran

Baru-baru ini English Angora kami baru melahirkan 4 ekor anak. 3 ekor bersaiz sederhana dan seekor sedikit kecil.

Hari pertama
Selepas kelahiran kami mengasingkan kesemua anak ke dalam bakul kecil bersama cebisan suratkhabar.Bulu ibu arnab kami potong pendek, terutama dibahagian puting susu. Bulu yang dipotong tadi kami campurkan ke dalam bakul arnab untuk memberi lebih keselesaan kepada anak arnab. Selepas beberapa jam, kami ajarkan anak arnab menghisap susu dengan memegang ibu arnab secara telentang dan meletakkan anak-anak diatas perut ibunya. Cuba perhatikan puting susu ibu arnab. Kadangkala puting susu kotor atau tersumbat akibat tinggalan atau kerak susu pada kelahiran yang lepas. Ambil kapas yang dibasahkan dengan sedikit air suam dan bersihkan.

Hari pertama semua berjalan lancar. Cuma anak arnab bersaiz kecil perlu masa yang lebih lama untuk menghisap susu. Ok takpe mungkin susu ibunya belum banyak.

Ibu arnab diberi  makanan tambahan rumput napier muda. Paling bagus rasanya bayam....

Hari kedua
Pada hari kedua, anak arnab juga diajar menyusu dalam keadaan ibunya terlentang. Tetapi kali ini anak arnab yang kecil macam tak dapat susu. Rujuk gambar dibawah. Adakah susu ibunya dah habis...
Sebelum susuan
Ini bermakna bantuan perlu diberikan.

Pelan B.
Kami cuba susukan dengan ibu arnab yang lain. Taknak, mungkin bau tak sama.

Pelan C
Susu formula. Penyediaan seperti dibawah. Jenama yang kami gunakan Milkodog. Harganya sama macam susu baby Infalac. Mahal betul.\!!!!!..
 
Bancuhan susuan
Bancuhan susuan
Selepas susuan
Semasa susuan
Nak susukan sampai kenyang takla... cuma nak kasi tenaga supaya dapat bertahan sampai petang.

Pada petangya teknik susuan diubah. Ibu arnab diletakkan di dalam bakul. Setelah ibu arnab tenang, anak diletakkan perlahan-lahan bermula dengan anak yang paling kecil. Gambar akan di upload kemudian. Sebab buat masa sekarang takde orang nak tolong snap gambar....

Ikuti sambungan berikutnya....

Tuesday 29 October 2013

Ginseng Jawa. Kebenarannya?

Di mana terletaknya khasiat ginseng jawa? Pada daun atau pada akarnya? Adakah anda pernah dengar tentang keracunan ginseng jawa?

Kalau ikut sembang -sembang orang Jawa, ginseng ini mempunyai khasiat pada daun dan juga akarnya.
AKAR - Meningkatkan kualiti sperma
DAUN - Meningkatkan stamina, mengelakkan keletihan.

Bagaimana nak tahu kebenaranya?.... Kena la test kat arnab anda...


Monday 30 September 2013

Rex Merah, Biru & Hitam

Rex kelahiran kali ini pada asalnya 4 ekor, tapi mati sekor pada hari ke-3. Dilahirkan oleh ibu yang memang tak beranak banyak, tapi anak-anakya kebiasaannya besar-besar. Tak banyak takpe, yang pentig kualiti superb..





Note : Jantina untuk ketiga-tiga arnab ni belum dipastikan lagi. Biarkan diorang besar dulu.. 
Masalahnya sekarang sangkar tak cukup. Kemungkinan 8 ekor induk NZW terpaksa dilepaskan/dijual/disembelih...

Monday 23 September 2013

Rex Satin

Setelah beberapa tahun, mungkin inilah hasilnya. Tona warna dan kilauan satin semakin stabil dan lebih menonjol.







Mengikut pengalaman kami, setiap kali kelahiran Rex Satin, akan terdapat seekor anak mempunyai bulu lutsinar. Secara mata kasar anak ini kelihatan seperti warna putih. Tetapi jika dilihat secara teliti atau dilihat dari sudut yang berbeza, sebenarnya anak ini mempunya warna. Jaga ia dengan baik, pasti tidak akan mengecewakan... 

Monday 15 July 2013

New Zealand White

Arnab pedaging NZW. Comel, kiut dan aktif. Baka NZW kerap digunakan sebagai arnab pedaging kerana pertumbuhan yang cepat  dan nisbah tulang dan daging yang rendah. Arnab jenis ini mudah dijaga. Mempunyai bulu yang sedikit kasar dan mudah gugur. Kepala arnab jantang lebih bulat berbanding betina yang sedikit tirus. So, yang jantan secara perbandingan lebih hensem berbanding betina. Untuk mencari NZW yang baik jangan melihat kepada berat sahaja, tetapi lihat juga kepada  saiz badan. Tak guna kalau berat tetapi kecil. Kerana biasanya itu berat perut je.. bukan berat daging. Apa pun yang penting kalau hati dah berkenan sapu jer...




Thursday 4 July 2013

Arnab vs Daun Buluh

Mula-mula semua macam baik je...

 Tak tau pulak arnab suka makan daun buluh madu. Sampai  sanggup panjat & buat tempat lepak atas pokok.
Macam mana dia panjat?

 Sampai botak pokok buluh ni...

 
Yang ni terjatuh keluar masa panjat pokok tadi...

Thursday 13 June 2013

Sangkar Arnab Paling Simple

Material yang perlu ada adalah 20 kaki panjang x 1 meter tinggi dawai jaring dan cable tie. Cantumkan hujung dawai tadi menggunakan cable tie untuk membetuk lingkaran seperti dalam gambar di atas. Pastikan ada teduhan untuk melindungi arnab dari panas matahari.

Hasilnya... arnab seperti dalam habitat asal.

Anda juga boleh menggunakan longkang atau pasu yang diterbalikan 
untuk tempat berteduh daripada hujan.

 Arnab sedang bersantai..

Masa makan..

Wednesday 22 May 2013

Lionhead Two Face

5 months and 3 weeks

1 month

2 weeks

 2 days

Friday 29 March 2013

Rex Satin

 Rex Satin kelahiran musim panas. Kepadatan dan warna yang sekata. Berpotensi untuk dijadikan baka. Umur ketika ini baru 2 minggu. Kilauan satin sangat terserlah. 



Sila rujuk Rex Satin untuk keterangan lanjut.

Wednesday 27 March 2013

Lionhead

Lionhead, 5 minggu, jantan, telinga pendek kaler hitam, kaki seperti pakai stokin.... 
Kualiti premium, sangat sesuai untuk penternak.




Betina, kaler coklat, telinga sederhana, umur 5 minggu. 
Kualiti sesuai untuk arnab peliharaan sahaja.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...