Wednesday 22 June 2011

PENJAGAAN ASAS ARNAB

PEMAKANAN

Serat amat penting bagi sistem penghadaman arnab. Rumput kering (Hay- rumput khas yang dipotong dan dikeringkan) dan juga sayuran segar seharusnya adalah diet yang perlu diberikan tanpa limit. Pemakanan yang tidak seimbang dan hanya berpaut kepada pellet boleh menyebabkan masalah penghadaman dan juga kegemukan melampau atau Obesiti kepada arnab. Walaupun serat terdapat di dalam pellet tetapi ia tidak berfungsi sebaik serat yang terkandung didalam rumput kering atau hay, yang mana amat berkesan bagi mengelakan masalah ‘HairBall’. Bagaimanapun tambahan pelet dalam pemakanan arnab dapat memberi diet yang seimbang kepada haiwan ini.

Selain daripada Hay, sayuran dan pelet adalah dikatagorikan sebagai makanan tambahan sahaja dan tidal diberikan secara khas. Sistem penghadaman arnab amat lemah dan sebarang kesilapan boleh menyebabkan masalah kepada arnab. Pemakanan hendaklah dikawal terutama sekiranya mengahadapi masalah arnab obes, walaubagaimana pun pengurangan memberi pelet haruslah diseimbangkan dengan memberi sayuran dan juga Hay tanpa had.

1. HAY

Rumput kering atau hay (seperti Timothy, Alfalfa, Bermuda dan Oat) seharusnya seharusnya diberikan tampa had kepada arnab. Dengan menambah atau menukar diet hay dua kali sehari didalam diet dan mengurangkan pellet kepada sekali sehari dapat membuat arnab anda cukup lapar dan akan memakan hay yang diberikan. The House Rabbit Society mencadangkan agar anak arnab sehingga berumur 6-7 bulan diberikan rumput Alfalfa. Dan menukarkan kepada rumput dari jenis lain (Timorty, Bermuda, oat) secara berperingkat sehingga diet penuh adalah rumput dari jenis Timothy, Bermuda atau Oat. Ini adalah kerana rumput Alfalfa tinggi dengan kalsium dan protein dan rendah serat daripada jenis hay yang lain dan tidak sesuai bagi diet arnab dewasa.
 
Rumput Alfalfa… bagus untuk arnab muda sehingga berumur 6 bulan

Rumput Timothy… untuk arnab dewasa.
*photos taken from www.chubbypetsgarden.com

2. SAYURAN SEGAR 

Sayuran seharusnya diberikan kepada arnab. Bergantung kepada size arnab tersebut, 2-4 cawan sayuran segar patut diberikan setiap hari. Kepelbagaian jenis sayur dapat mengimbangi diet. Jika arnab sudah biasa dengan diet pelLet, peralihan kepada diet baru hendaklah dibuat berperingkat agar sistem penghadaman arnab tidak terganggu. Perkenalkan satu persatu jenis sayur kepada arnab, ini dapat mengesan sayuran yang tidak sesuai dengan arnab anda sekiranya berlaku cirit-birit. Jangan sesekali beri kepada arnab sayur yang telah layu dan tidak segar ini boleh menyebabkan cirit birit. Basuh sayuran dengan aliran air dan jika was was rendam sayuran didalam air selama 30 minit. Ini bukan sahaja dapat membuang segala racun serangga yang digunakan.. tetapi juga memboleh sayuran menyerap lebih banyak air yang mana ia bagus untuk arnab.

Sayuran boleh diperkenalkan kepada arnab yang berumur 12 minggu dalam jumlah yang kecil. Tapi kebiasaannya saya memperkenalkan  arnab kepada sayur hanya setelah arnab berumur 4 bulan. Ini adalah kerana sistem penghadaman yang masih muda dan dikhuatiri boleh menyebabkan cirit birit yang berlarutan dan boleh membawa kepada kematian.
Sayur sayuran yang  boleh diberi;   

PERINGATAN!!! 
Iceberg Lettuce atau Salad Bulat atau Bola tidak boleh diberikan kepada arnab.
 
3. PELLET

Pellet diperkenalkan bagi pemakanan arnab yang diternak diladang-ladang dan dalam kuantiti yang besar, dan ia sangat tinggi dengan kalori. Dasarnya ia tidak sesuai untuk arnab dirumah kerana boleh menyebabkan masalah Obesiti dan masalah kesihatan jika diberikan secara tetap. Bagaimana pun pellet penting bagi keseimbangan khasiat lain yang diperlukan oleh arnab. Pakar berpendapat diet yang seimbang untuk arnab adalah pellet, sayuran dan juga Hay yang tiada had.

Pilih pelet yang baik kualitinya. The House Rabbit Society mencadangkan kandungan pelet hendaklah 20-25% adalah serat, dalam 14% protin (bukan protin haiwan), dan kurang dari 1% kalsuim adalah baik untuk arnab peliharaan. Bagi arnab dewasa kuantiti pelet hendaklah dikawal mengikut berat badan. Sebagai panduan ¼ cawan untuk berat arnab 5-7 lb, ½ cawan untuk 8-10lb, dan ¾ cawan untuk 11-15lb berat arnab. Arnab muda atau anak arnab berikan tambahan ½ cawan / 6 lb beratnya sehingga mencapai umur 6 bulan.

Note : Gambar dan sumber rujukan dari http://lazzybunny.wordpress.com/pemakanan-arnab/

Friday 17 June 2011

REX

Rex adalah sejenis arnab berbulu pendek tetapi dengan kepadatan bulu yang tinggi (seperti baldu). Dikatakan jenis arnab yang paling bijak. Tetapi aku pasti tidaklah sebijak tuanya.. kalau tak...
Gambar kat bawah ni adalah sebahagian daripada mereka...   
 
Rex dewasa mempunya berat sekitar 3kg dan boleh hidup sehingga 8 tahun mempunyai kerektor yang tenang, manja dan mudah diajar menggunakan toilet tray. Diajar mengira atau membaca aku tak pernah dengar lagi....

Rex kononya telah petama kali diketahui keujudannya pada tahun 1919 di Perancis dan telah dipamerkan kepada umum pada tahun 1924.

Apakah kelebihan Rex? Sesuai untuk orang yang alah dengan bulu arnab, mudah dijaga (budak 8 tahun pun boleh jaga), sesuai dibela di dalam rumah seperti kucing (tapi jangan pulak kasi makan ikan), bulu yang cantik dan lembut dan.... dagingnya sedap kalau di BBQkan...

Wednesday 8 June 2011

LIONHEAD

LIONHEAD (LH)
Arnab Berkepala Singa

LH berasal dari Belgium hasil daripada crossbreeding antara Swiss Fox dan Belgian Dwarf. Selapas itu dikacuk lagi dengan arnab jenis berbulu. Sesetengahnya menyatakan Jersey Wooly. Tetapi ada pendapat lain menyatakan LH bukan berasal dari Belgium dan bukan hasil daripada crossbreeding. Ia terhasil daripada mutasi (mutation) ke atas arnab Dwarf Anggora. 

Pendapat yang mana korang nak percaya aku tak kisah…. yang penting arnab LH bentuk dia lebih kurang macam ni. Enjoy !!!!.


 Double mane gene (MM)

LH boleh bahagikan kepada 3 genetik (gene) iaitu double mane (MM) single mane (Mm) dan no mane (mm).

Macam mana nak bezakan double mane, single mane dan no mane (tiada mane) ?
Cakap banyak pun tak guna. Enjoy !!!!.

DOUBLE MANE (MM)
  Singa salju.. agaknyer la... 

  Lionhead double mane (MM) dewasa
 
  Double mane (MM) pada usia 3 ½ week
 Pada usia 8 hingga 10 minggu, kadang kala LH (MM) juga digelar “floatballs”, “powder puffs” atau “dust mops” kerana bulu yang panjang merangkumi seluruh badan.



SINGLE MANE (Mm)
 Sape cakap single mane tak hensem....

 Ini macam arnab janggut jer.. macam kepala kambing pun ada..

Adakah arnab anda sebegini rupa?


NO MANE (mm)

Lionhead no mane (mm)

Secara kesimpulanya. Walau apa pun jenis genetik Lionhead arnab anda, Lionhead adalah jenis arnab yang manja dan bijak. Sesuai dipelihara di dalam rumah. Apatah lagi jika dibela dari kecil. 

Lionhead mencapai umur dewasa seawal 4 bulan dan boleh digoreng atau dimasak rendang seawal umur 3 bulan. He..he.. 

Setakat ini dulu tentang lionhead.... kalau ada maklumat yang kurang tepat, mitak maap banyak-banyak.... atau post comment kat bawah ni, atau boleh jugak email kepada tropark@gmail.com untuk sebarang maklumbalas.

Note : Gambar dan sumber rujukan dari http://lionheadrabbit.net/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...