- Anak arnab kematian ibunya.
- Kelahiran melebihi 6 ekor. Kemungkinan terjadi susu tidak mencukupi.
- Anak arnab mengalami kesukaran menghisap susu.
- Ibu arnab tidak mahu menyusukan anaknya.
Sebelum anda membuat keputusan menyusukan anak arnab, anda perlu tahu bahawa susu arnab sangat tinggi nutrisinya dan tidak boleh diganti dengan susu lembu. Susu yang hampir setanding dengan susu arnab adalah susu kambing. Ya, anda boleh susukan anak arnab anda dengan susu kambing segar.
Apakah peluang arnab untuk hidup jika bergantung sepenuhnya dengan susu formula atau susu kambing segar?
Jika anak arnab yang anda susukan berusia kurang 2 minggu, peluang untuk ia hidup hanyalah sekitar 10% sahaja. Iaitu untuk setiap 10 ekor, hanya seekor sahaja yang akan hidup.
Jika arnab berusia lebih 2 minggu (telah buka mata) peluang untuk terus hidup sekitar 80%.
Bertindak atau biarkan sahaja anak arnab anda itu mati....
Berdasarkan pengalaman kami dan nasihat daripada veterinar, kami telah memilih susu formula terbaik (paling sesuai) untuk arnab anda. Mudah-mudahan 1 daripada 10 arnab yang hidup itu berkat dari usaha anda. Insyallah.....