Kelahiran 15 November 2013 (umur sebulan). Kedua-duanya betina. Yang hitam jenis bulu kasar dan yang broken black bulu kapas. Belu jenis kapas sememangya lembut tetapi memerlukan penjagaan yang lebih teliti berbanding bulu kasar.
Monday, 16 December 2013
Thursday, 12 December 2013
Bantuan selepas kelahiran - Arnab Bhg. 3 (Akhir)
Pada hari ke-6 kebiasaanya anak arnab sudah mula merangkak walaupun dalam keadaan mata tertutup. Anak arnak mula buka mata pada hari ke 12 atau 13. Cara susuan yang sesuai pada ketika ini adalah seperti gambar di bawah.
Selepas anak arnab buka mata, bolehlah diletakkan sahaja bersama ibunya. Tidak perlu diasingkan lagi.
Anak diletakkan di dalam bakul |
Arnab mencari ibunya |
Susuan berjaya |
Labels:
English Angora,
Kelahiran Arnab,
Penjagaan Arnab
Friday, 6 December 2013
Bantuan selepas kelahiran - Arnab Bhg. 2
Post kali ini sambungan teknik susuan untuk anak arnab untuk hari ke-3 hingga hari ke-5.
Teknik susuan sepertimana yang dilakukan pada petang hari ke-2. Ibu arnab diletakkan di dalam baku kecil. Kepala diusap supaya arnab menjadi tenang. Anak diletakkan perlahan-lahan dibawah perut bermula dengan anak yang paling kecil.
Sambungan seterusya untuk teknik susuan hari ke-6 sehingga anak arnab buka mata.
Teknik susuan sepertimana yang dilakukan pada petang hari ke-2. Ibu arnab diletakkan di dalam baku kecil. Kepala diusap supaya arnab menjadi tenang. Anak diletakkan perlahan-lahan dibawah perut bermula dengan anak yang paling kecil.
Teknik susuan petang hari ke-2 hingga hari ke-5. |
Selepas selesai, diletakkan kembali dalam bakul berasingan. |
Inilah anak yang paling kecil. |
Perut bulat menandakan susuan berjaya. |
Teknik susuan hari pertama dan pagi hari ke-2. |
Monday, 2 December 2013
Bantuan selepas kelahiran - Arnab
Hari pertama kelahiran |
Baru-baru ini English Angora kami baru melahirkan 4 ekor anak. 3 ekor bersaiz sederhana dan seekor sedikit kecil.
Hari pertama
Selepas kelahiran kami mengasingkan kesemua anak ke dalam bakul kecil bersama cebisan suratkhabar.Bulu ibu arnab kami potong pendek, terutama dibahagian puting susu. Bulu yang dipotong tadi kami campurkan ke dalam bakul arnab untuk memberi lebih keselesaan kepada anak arnab. Selepas beberapa jam, kami ajarkan anak arnab menghisap susu dengan memegang ibu arnab secara telentang dan meletakkan anak-anak diatas perut ibunya. Cuba perhatikan puting susu ibu arnab. Kadangkala puting susu kotor atau tersumbat akibat tinggalan atau kerak susu pada kelahiran yang lepas. Ambil kapas yang dibasahkan dengan sedikit air suam dan bersihkan.
Hari pertama semua berjalan lancar. Cuma anak arnab bersaiz kecil perlu masa yang lebih lama untuk menghisap susu. Ok takpe mungkin susu ibunya belum banyak.
Ibu arnab diberi makanan tambahan rumput napier muda. Paling bagus rasanya bayam....
Hari kedua
Pada hari kedua, anak arnab juga diajar menyusu dalam keadaan ibunya terlentang. Tetapi kali ini anak arnab yang kecil macam tak dapat susu. Rujuk gambar dibawah. Adakah susu ibunya dah habis...
Sebelum susuan |
Pelan B.
Kami cuba susukan dengan ibu arnab yang lain. Taknak, mungkin bau tak sama.
Pelan C
Susu formula. Penyediaan seperti dibawah. Jenama yang kami gunakan Milkodog. Harganya sama macam susu baby Infalac. Mahal betul.\!!!!!..
Bancuhan susuan |
Bancuhan susuan |
Selepas susuan |
Semasa susuan |
Pada petangya teknik susuan diubah. Ibu arnab diletakkan di dalam bakul. Setelah ibu arnab tenang, anak diletakkan perlahan-lahan bermula dengan anak yang paling kecil. Gambar akan di upload kemudian. Sebab buat masa sekarang takde orang nak tolong snap gambar....
Ikuti sambungan berikutnya....
Labels:
Kelahiran Arnab,
Penjagaan Arnab,
Susukan Arnab
Subscribe to:
Posts (Atom)