Adakah anda ingin
menjadi seorang penternak arnab?
Apakah matlamat
kewangan anda?
Adakah cukup
sekadar minat sahaja?
Matlamat kewangan
adalah sangat penting. Tentukan berapa nilai jualan yang perlu anda capai. Tentukan
kos operasi yang mampu anda tanggung sehingga pulang modal. Tentukan tempoh
pulang modal.
Seterusnya tentukan
target market anda. Target market berlu bersesuaian dengan kualiti produk dan
imej yang anda bawa. Khidmat selepas jualan yang bagaimana yang mampu dan yang
ingin anda berikan.
Mungkin dengan
cara lain, bagaimana untuk anda membina target market.
Setelah anda
mempunyai pelanggan, bagaimana pula membina kesetiaan pelanggan.
Apakah
program-program yang anda atur untuk pelanggan-pelanggan anda. Mungkin program
yang dapat meningkatkan pengetahuan atau kecekapan mereka mengendalikan produk
yang anda jual kepada mereka. Contohnya kelas grooming EA atau kelas memotong
kuku Rex atau mungkin juga mereka boleh menyertai pertandingan yang anda anjurkan
dengan syarat mereka membeli arnab baka tulin daripada anda.
Bukan sekadar
menjual...
1.
Membina
jenama
2.
Membina
dan menjaga pelanggan
3.
Bantu
pelanggan membina matlamat
4.
Berkongsi
dan membantu dengan jujur.
Sebaikya, perniagaan bermula dengan modal dan usaha yang kecil tapi
berterusan... Berterusan membuat peningkatan, berterusan membuat keuntungan, berterusan menjana pendapatan... Mudah-mudahan suatu hari nanti menjadi jutawan...
Walau apa pun yang berlaku, tetap bertahan. Ujian hebat sememangnya sedang
menanti anda...
Note : Ini adalah nasihat untuk diri sendiri....