Wednesday, 30 November 2011

Siapa Ada Kehilangan Arnab?

Kulaijaya: Seekor arnab dipercayai baka Lionhead, telah ditangkap kerana didapati bemain-main di bawah kereta, tanpa tuannya. Arnab tersebut kemudianya telah ditangkap dan diserahkan kepada Tropical Park Rabbitry untuk penjagaan sementara sehingga tuannya dijumpai. 
  
Sesiapa ada kehilangan arnab, sila hubungi Tropical Park Rabbitry di talian 013-7000 922 (Zaki) untuk mengambil kembali arnab anda ini. Jika dalam masa 72 jam arnab ini tidak dituntut, kemungkinan besar arnab ini akan bertukar rupa menjadi rendang arnab atau pun sate arnab atau pun kari arnab he..he..he.. 

Hebahan untuk mencari tuan arnab ini telah pun dibuat di papan kenyataan pintu gate utama Taman Tropika Kulaijaya. Hebahan dalam akhbar utama, belum lagi....
Arnab mangsa keadaan...

Monday, 28 November 2011

Aktiviti Arnab di Tengah Hari

Apa aktiviti arnab anda di tengah hari?
  1. Berenang
  2. Berjoging
  3. Tidur
  4. Makan
  5. Tengok wayang
  6. atau lain-lain yang tidak dinyatakan di atas.
Arnab anda, anda yang tahu. Tetapi di TPR....
Melepak adalah aktiviti utama arnab kami di Tengah hari. Layan.....






Monday, 21 November 2011

Kenapa Arnab?

Kenapa arnab menjadi pilihan sebagai binatang peliharaan. Kenapa tidak kucing, anjing, kura-kura, ular, kuda, lembu, kambing, dinosaur, labi-labi atau pun cipan?

Kerana arnab....
  1. Tidak memerlukan ruang yang luas. Sangkar dengan keluasan 4 kali ganda saiznya sudah memadai dan dianggap selesa untuk seekor arnab.
  2. Kos makanan yang rendah. Arnab dewasa yang mempunya berat 3kg hanya memerlukan 1/2 cawan pelet sahaja sehari iaitu lebih kurang 60 gram. Jika pelet arnab anda berharga RM3.00 sekilo, kos sehari hanyalah RM0.18 sahaja. Selebihnya berikan arnab anda timothy hay. Sekilo timothy hay berharga RM10.00 boleh bertahan sehingga 2 bulan. Bermakna kos timothy hay sehari hanyalah RM0.17. Total keseluruhan makanan RM0.35 sehari.
  3. Penyelenggaraan yang mudah. Sangkar arnab hanya perlu dibersihkan 3 hari sekali.
  4. Arnab tidak pandai menyalak di tengah malam atau mengokok (berkokok) di awal pagi. Tidak mengganggu jiran-jiran anda.
  5. Arnab tidak perlu dimandikan, maka anda tidak akan dibebani bil air yang melampau.
  6. Arnab sedap dijadikan rendang, sate, sup atau dipanggang begitu sahaja bila aku rasa macam dah boring nak bela arnab. Ha.. ha.. ha...
Aktiviti tokey arnab bersama arnab-arnabnya.... Layan...
Lionhead

Umur : 16 hari

Dutch

Akan dilelong tak lama lagi...

Tokey arnab tengah ambik order...

Comel, bijak dan manja.... Adakah anda yang arnab cari...

 Note : Maklumat di atas adalah dari pengalaman kami di TPR dan hanya boleh dibuat sebagai rujukan tambahan sahaja. Untuk meklumat yang lebih lanjut sila berhubung dengan Jabatan Haiwan yang berdekatan di tempat anda.




Monday, 14 November 2011

Kari Pedas Daging Arnab

Bahan - bahan :

1.5 kg daging arnab
2 biji bawang besar - digiling
7 biji buah keras - digiling
1.5 sm kunyit - digiling
3 batang serai - digiling
1.5 sm langkuas - digiling
3 ulas bawang putih - digiling
15 tangkai cili kering - digiling
1 sudu teh serbuk biji sawi
1.5 kg ubi kentang - dibelah empat
2 biji cili hidup - dibelah dua
1cawan minyak masak
1 cawan air
1 sudu besar cuka
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Membuat :
  1. Panaskan minyak dan tumis biji sawi dan bahan yang telah digiling sehingga mengeluarkan aromanya.
  2. Selepas itu masukkan air bersama dengan ubi kentang yang telah dibelah empat.
  3. Setelah agak empuk, masukkan pula daging yang telah dipotong .
  4. Apabila daging telah masak, masukkan cili, garam dan serbuk perasa secukupnya

Note : Artikel di atas diambil dari http://resepiarnab.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...