Thursday, 28 July 2011

Holland Lop vs Lionhead

MINGGU KE-4

Ceriter banyak pun tak guna...

Dari pemerhatian minggu ke-4 didapati 3 beradik ni lebih mirip kepada Lionhead genetic. Hal ini berdasarkan keadaan bulu, telinga  dan bentuk muka. Walau bagaimana pun, pihak kami tidak menolak kemungkinan 3 beradik ini akan bertukar kejadiannya menjadi Lion Lop. 

Lion Lop adalah sejenis baka baru yang hanya dijumpai di Malaysia. Baka ini terhasil akibat daripada penternak yang tidak berdisiplin dan tak cukup modal macam aku. Hal ini ditambah lagi dengan induk Hollad Lop betina aku yang tak matang-matang...

Kisah 3 beradik ini akan diupdate sekali lagi pada minggu ke-8 kelahirannya. Gambar-gambar di bawah ini akan memberi sedikit sebanyak info untuk laporan bulan depan. Akhir kata, Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang akan menjelang tiba. Wasalam.....

Holland Lop?..

Lion Lop?...

Lionhead?...

Laporan terdahulu sila rujuk : http://tropicalparkrabbitry.blogspot.com/2011/07/penghuni-baru-tpr.html

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...