Tuesday, 20 September 2011

Sup Kepala Arnab

 

Selalunya kepala arnab (yang sudah disembelih) akan dibuang sahaja. Tetapi, di restoren eksotik di salah satu wilayah di China menggunakan kepala arnab dalam masakan mereka. Kepala arnab juga dikatakan berkhasiat untuk melegakan Demam Malaria (Buku 1001 Petua Orang Lama). Jadi, pada hari ni saya memberikan resepi 'Sup Kepala Arnab'

Bahan-Bahan:
1 kepala arnab (bagi orang Islam, pastikan arnab itu sudah disembelih mengikut syara')
Garam & lada sulah secukup rasa
2 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
4 cawan air
250 gm ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil)
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar :
2.5 cm Halia
2 labu bawang merah
8 biji bawang putih

Untuk Hiasan :
Bawang Goreng
Daun bawang dicincang
Daun sup yang dicincang

Cara Memasak:

Buang kulit, bersihkan dan belah (potong) dua kepala tersebut sehingga nampak otaknya. Kemudian ketepikan. Masukkan air dalam periuk. Pijarkan atas api yang sederhana & masukkan rempah-rempah kering. Tumis selama 1-2 minit masukkan bahan yang dikisar. Goreng hingga layu. Besarkan api. Masukkan kepala arnab & bahan perasa selebihnya. Rebus sehingga rata kuningnya, kemudian kecilkan api. Masukkan air, ubi kentang & garam. Didihkan perlahan-lahan hingga kepala arnab & ubi kentang empuk. Padamkan api itu. Sesuaikan rasanya & isikan ke dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan. Taburkan atasnya dengan bawang goreng, daun bawang & daun sup. Boleh di minum sahaja atau makan dengan nasi. Sangat sesuai untuk mereka yang demam (malaria) dan rasa lemah badan.

Note : sumber artikel dari http://resepiarnab.blogspot.com/

Sunday, 18 September 2011

Kebaikan Susu Arnab



Susu dari arnab yang telah diubah suai genetiknya telah berjaya digunakan untuk merawat empat bayi yang mengidap penyakit yang boleh membawa maut.

Penyakit Pompe iaitu gangguan otot yang disebabkan oleh kekurangan enzim yang dipanggil glucosidase.

Kanak-kanak yang mengalami penyakit ini biasanya mati sebelum mereka mencapai ulang tahun pertama. Mereka mengalami kesukaran bernafas dan makan, kekurangan kekuatan otot dan masalah pada otot jantung.


Note : untuk maklumat lanjut http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/852647.stm

Wednesday, 7 September 2011

Kebaikan Binatang Peliharaan



Beberapa penelitian mengungkapkan bahwa memiliki binatang peliharaan ternyata berdampak positif terhadap kesehatan, baik untuk orang dewasa ataupun anak-anak. Apa saja?
Seperti yang dikutip dari ivillage ada lima manfaat yang bisa didapatkan jika memelihara binatang peliharaan. Manfaat tersebut berpengaruh terhadap kesehatan serta pertumbuhan si kecil.

1. Meningkatkan kelancaran membaca
Sebuah studi menemukan bahwa hewan peliharaan membantu anak-anak untuk membaca lebih baik. Pada tahun 2010, UC Davis School of Veterinary Medicine melakukan penelitian yang meminta anak-anak untuk membacakan buku di depan binatang peliharaan mereka dan hasilnya, mereka menunjukkan adanya peningkatan kelancaran membaca.

Selain itu, psikiatri Anak dan Remaja mengatakan hewan peliharaan juga dapat membantu anak-anak mengembangkan keterampilan komunikasi non-verbal. Dan beberapa ahli mengatakan anak yang tumbuh dengan hewan peliharaan memiliki IQ lebih tinggi dan kecerdasan emosional.

2.  Mengurangi asma dan alergi.
Mungkin hal ini bertolak belakang dengan anggapan yang selama ini beredar, namun para peneliti telah menemukan bahwa anak yang tumbuh dengan memiliki arnab, anjing atau kucing dapat mengurangi risiko asma dan alergi. Sebuah studi tahun 2004 di University of Wisconsin anak yang tumbuh dengan memiliki anjing di rumah memiliki sistem kekebalan tubuh yang lebih kuat dan lebih efektif memerangi masalah pernafasan kronis.

3. Mengatasi obesitas

Binatang peliharaan seperti kucing, arnab atau anjing membuat Anda lebih aktif karena harus mengajaknya berlari dan bermain di luar rumah. Center for Physical Activity and Nutrition Research di Deakin University, Australia mengatakan bahwa anak-anak atau orang dewasa dalam keluarga yang melihara binatang peliharaan seperti anjing, kucing atau arnab, lebih aktif secara fisik dan kecil kemungkinannya untuk menjadi gemuk.


4. Penenang bagi anak autis

Bagi anak yang menderita autisme, dalam kegiatan sehari-harinya terutama yang melibatkan keadaan sosial baru, merupakan hal yang sangat sulit bagi mereka. Pada tahun 2010, University of Montreal menerbitkan sebuat peneltian yang ditulis pada jurnal Psychoneuroendocrinology, menemukan bahwa binatang peliharaan dapat menurunkan tingkat stres dan kecemasan anak autis.


5. Efek psikologis
Studi tahun 2009 di New York State Psychiatric Institute menunjukkan bahwa kepemilikan binatang peliharaan memberikan sumbangan besar terhadap terapi dan rehabilitasi untuk orang dewasa dan mengurangi risiko penyakit mental yang serius. Adanya bintang peliharaan, membuat kita merasa selalu ada yang menemani dan mendorong interaksi sosial yang baik untuk kesehatan mental.


AMARAN : Arnab saiz gergasi hanya sesuai untuk orang dewasa sahaja...
Note : 
Artikel asal oleh pada February 24, 2011 dalam Kesehatan, News
http://www.lienaaifen.com/kesehatan/memelihara-hewan-peliharaan-baik-untuk-kesehatan/

Tuesday, 23 August 2011

Sate Arnab


Sebelum arnab anda menjadi sate, suka saya untuk berkongsi tentang khasiat daging arnab.

Dalam beberapa penemuan terkini daging arnab dikatakan mengandungi ketotifen iaitu bahan yang mujarab dalam pembasmian dan rawatan penyakit asma. Ia juga dikatakan mujarab sebagai bahan alternatif dalam perawatan penyakit yang berkaitan dengan masalah paru-paru.

Mengikut sumber yang dipetik dari tulisan risalah Cina lama, bahagian arnab yang paling mujarab terletak pada hati. Kaedah masak dengan cara merebus adalah yang terbaik untuk mempertahankan kadar gizi dan kandungan ketotifen.

Kepala arnab yang terdapat otak di dalamnya dikatakan boleh meningkatkan kesuburan wanita.

Dagingnya yang terkenal dengan kadar protein yang tinggi dan kolesterol yang rendah adalah amat baik untuk kesihatan.

Penis serta testis haiwan ini dikatakan boleh meningkatkan tenaga dalaman kaum lelaki.

Jadi, apa yang ditunggu lagi, marilah kita sediakan bahan-bahan untuk membuat sate arnab...

Note : 
Maklumat diatas dipetik dari tulisan risalah Cina lama dan ahli-ahli homeopati antarabangsa terutamanya dari Pakistan dan http://lamanshaniza2u.blogspot.com/2010/05/satay-arnab.html



RESEPI SATE ARNAB

Bahan:

1 ekor arnab yang siap diproses (dipotong kecil2)
5 Batang serai (kisar halus)
½ kilo bawang merah (kisar halus)
200 gram halia (kisar halus)
300 gram lengkuas (kisar halus)
50 gram jintan manis (kisar halus)
30 gram jintan putih (kisar halus)
50 gram kunyit (kisar halus)
1 cawan gula pasir
5 camca teh garam
Cara membuat satay arnab;
1. Daging arnab yg dipotong kecil diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan.
2. Bakar seperti membakar satay biasa...

Untuk kuah Satay

½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 1/2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya;
1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.

2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)

3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.

4. Didihkan campuran tadi.

5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.

6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.

7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay arnab.

8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala.

Selamat mencuba.....

Note : 
Maklumat diatas dipetik dari  http://lamanshaniza2u.blogspot.com/2010/05/satay-arnab.html

Harga Sate Kajang Samuri :
Sate Ayam [chicken] RM0.60 per stick
Sate Daging [beef] RM0.60 per stick
Sate Kambing [goat] RM1.20 per stick
Sate Arnab [rabbit] RM2.00 per stick

Untuk maklumat lanjut :
 Sate Kajang Hj Samurai MKT S/B (710811-H)
Lot1,2, & 3, Tgkt Bawah & Tgkt 2
Bangunan Dato Nazir Jln Kelab 4300 Kajang
Tel : 03 - 87371853

Friday, 19 August 2011

Rex (Siamese Sable)

Di antara koleksi rex di TPR...

Rex memang terkanal dengan karekter yang tenang dan manja, tetapi bagi rex dewasa dengan berat lebih dari 3kg terdapat sedikit cabaran untuk mengendalikanya. Sekali meronta, boleh calar balar tangan dibuatnya. Walaupun baru potong kuku Jumaat lepas. Ha..ha.... Itu tak termasuk kes kena gigit.. 

Proven buck..
Tenang dan manja..
Color : Siamese sable
Berat lebih kurang 3kg..
Posing kegemaran..
Umur 1 tahun lebih..
Not for sale...
Note : 
     Untuk maklumat lanjut tentang rex sila ke http://tropicalparkrabbitry.blogspot.com/2011/06/rex.html

     Untuk maklumat lanjut tentang color siamese sable sila ke http://tropicalparkrabbitry.blogspot.com/2011/08/siamese-sable.html

Monday, 15 August 2011

Siamese Sable

Bagaimana anda ingin megetahui color arnab anda adalah siamese sable?

Gambarajah  siamese sable
Rex siamese sable
Adakah ini siamese sable?
Bagaimana yg ini? Ini sudah pasti...
Ini sudah pasti anak kucing siam...
 Kucing siam juga boleh digunakan dalam membuat perbandingan bagi menentukan samada arnab anda siamese sable atau sebaliknya.... Selamat mencuba...

Note : sable adalah merujuk kepada warna coklat pekat (dark brown) dan bukanya hitam. Siamese/siam pula merujuk tona color seperti kucing siam...


Monday, 8 August 2011

Dutch vs Checkered Giant (Lelong)

Sire : Dutch
Dam : Checkered Giant
D.O.B :  04/07/2011

Aktiviti petang Ramadhan...
Berikut adalah latihan macam mana cara-cara membuat lelongan arnab. Layan....

"Susahnya nak susun arnab ni..."

"Emm.. degilnya arnab ni..."

"Adoi.. ngantoknyer..."

"Kau nak pegi mana ni... duduk diam2..."
"Ada habuk plak kat arnab ni.."
"Iskh.... arnab ni..."
"Ok bagus, semua dah ready..."
Ni nak main ke, nak jual arnab?
"Jap yer..."

"Orang kampun sekelian!!! Siapa nak beli arnab!!! Murah2!!!"

- SEMUANYA HABIS DILELONG....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...