Tuesday, 5 June 2012

Pesta Arnab 2012

Sebahagian arnab Dutch (pure breed) yang mengambil bahagian dalam Pesta Arnab 2012. 
Gambar di atas diambil 2 bln sblm pesta berlangsung.

Di antara acara yang berlangsung adalah....

Kuak lentang,

 Kuak dada (rama-rama), dan..

 Gaya bebas...

Aktiviti berendam dalam rempah sebagai sebagai persediaan acara utama.

Ha..ha...
Lazat sampai menjilat tulang...





Thursday, 24 May 2012

Arnab Albino


Adakah ini arnab albino?
Atau sekadar arnab kampung yang berbulu putih, bermata merah....

  

Arnab biasa, tetapi tetap istimewa.
 

Thursday, 26 April 2012

Rex


 
 
 
 
Laa.. tak sempat nak tulis apa-apa.... bateri laptop aku....

Wednesday, 7 March 2012

Lionhead

Adakah ini anak Lionhead?

Sebahagian gambar kat bawah ini adalah anak Lionhead dari rabbitry luar negara dan sebahagian yang lain adalah dari Tropical Park Rabbitry.

Ada kesamaan tak?.. 





Saturday, 4 February 2012

Dutch

Di antara koleksi Dutch (pure breed) di TPR. 

Sedikit info tentang Dutch:
Jangka hayat dianggarkan 8 hingga 12 tahun
Tempoh bercerai susu antara 4 hingga 6 minggu
Mencapai umur matang antara 5 hingga 6 bulan
Makanan utama pelet, makanan tambahan buah betik, sawi, napier, daun pandan, daun pisang dan mcm2 lg.....
Dutch merupaka arnab yang cergas dan menepati masa. Kalau lambat kasi makan, habis tangan aku kena gigit. Tanda amaran supaya lain kali jangan lambat lagi.
Anak Dutch sangat manja, suka menjilat tangan tuannya tanda melahirkan kasih sayangnya...
Dutch sangat comel sebab corak tompok yang ada padanya.
Siapa yang sesuai dengan Dutch : Orang yang menepati masa, berjiwa penyayang, disiplin, mempunyai peruntukan tidak kurang dari RM8.50 sebulan dan sekurang-kurangnya lulus ujian pra-sekolah.



Friday, 27 January 2012

Wednesday, 14 December 2011

Rex Satin

Rex Satin adalah Rex yang memiliki bulu berkilau seperti satin.  Kilauan pada bulu arnab ini adalah disebabkan oleh bulu yang lutsinar (telus  cahaya). 

Arnab satin pada asalnya dibangunkan di Amerika Syarikat pada tahun 1930-an.

Arnab jenis ini umumnya mempunyai kerektor yang tenang dan lembut, menjadikan ia sesuai sebagai haiwan kesayangan untuk kanak-kanak, namun mereka lebih biasa disimpan oleh penternak arnab untuk tujuan pertandingan. Oleh itu ia kurang diketahui oleh orang ramai. 

Di antara koleksi Rex Satin di TPR.
Rex Satin 5 hari
Rex Satin 12 hari

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...