Kepada sesiapa yang berminat...
Wednesday, 8 August 2012
Friday, 20 July 2012
Bagaimana Memilih Arnab
Dalam post kali ini kita akan membincangakan bagaimana memilih arnab. Apakah kualiti yang kita inginkan.
Perhatikan gambar, diantara 4 beradik ini, yang mana satu mempunyai kualiti terbaik.
English Angora yang baik mempunyai kepadatan bulu yang tinggi, telinga yang melentik dan berbulu lebat.
Yang mana satu pilihan anda....
Monday, 2 July 2012
English Angora
Arnab berbulu panjang seperti Angora, Teddy Bear, mungkin juga Lionhead memerlukan penjagaan rapi. Mungkin hal ini kelihatan rumit pada permulaannya, tetapi akan jadi mudah jika kita tahu akan muslihatnya.
Di TPR kami memiliki 3 jenis arnab berbulu panjang iaitu American Fuzzy Lop, Lionhead dan English Angora. Diantara ketiga-tiga jenis ini, English Angora yang paling rumit penjagaannya.
English Angora memiliki bulu yang sifatnya akan sentiasa memanjang. Bulu perlu dipotong pendek setiap 4 bulan sekali kerana pada bulan ke-4 panjang bulunya boleh mencapai 2.5 inci (6cm). Pemotongan setiap 2 bulan adalah digalakkan.
Bermula bulan ketiga, bulu arnab perlu disikat lebih kerap, setiap 3 hari sekali berbanding seminggu sekali bagi bulan pertama dan ke-2 untuk mengelakkan kekusutan.
Bermula bulan ketiga, bulu arnab perlu disikat lebih kerap, setiap 3 hari sekali berbanding seminggu sekali bagi bulan pertama dan ke-2 untuk mengelakkan kekusutan.
Memotong pendek bulu English Angora sebenarnya baik untuk anda dan arnab anda.
1. Mengurangkan kepanasan kepada arnab
2. Pergerakan arnab lebih mudah
3. Tidak perlu disikat selalu - densiti bulu akan menjadi lebih padat kerana kurang bulu gugur
4. Arnab akan mula kencing di dalam bekas makanan jika mata tertutup dengan bulunya
5. Bulu yang panjang jika terkena air akan mudah kusut, jika dibiarkan boleh menyebabkan kurap
Muslihat di atas adalah dari pengalaman kami membela beberapa ekor English Angora. Mungkin pengalaman anda berbeza.
Berikut ini adalah contoh seekor English Angora yang telah mendapat layanan seperti di atas. Ketika gambar ini diambil bulunya baru masuk bulan ke-3. Pada asalnya arnab ini megalami kekusutan tahap 5 (Bulu kusut sehingga ke kulit kerana terkena tempias hujan dan lambat diberi rawatan).
Akhirnya arnab yang kami gelar En. Blue ini telah menyerlahkan kehensemannyer...
Note :
Warna pangkal bulu EA adalah putih, maka tidak hairanlah EA anda bertukar warna apabila bulu dipotong.
Jika anda memilki tips yang lain, harap dapat berkongsi dengan kami.
Note :
Warna pangkal bulu EA adalah putih, maka tidak hairanlah EA anda bertukar warna apabila bulu dipotong.
Jika anda memilki tips yang lain, harap dapat berkongsi dengan kami.
Monday, 25 June 2012
TPR Keluar Sarang
Dengan persediaan yang tak seberapa, TPR dengan semangatnya telah menghadirkan diri di Pasar Tani Flet Temenggung, Kulaijaya pada 24 June 2012 yang lepas.
Tak banyak yang dapat dibawa dengan kenderaan rasmi TPR (Gen2 kuning). 4 biji sangkar saiz D304, sedikit aksesori dan 3 orang pembantu sudah cukup menyesakkan.
Sambutan sangat menggalakan. Tak cukup lidah En. TPR nak beri penerangan...
Kesimpulan aktiviti keluar sarang :
Pada pendapat TPR, orang ramai di luar sana sangat mengalu-alukan kahadiran penternak, pencinta, pemilik arnab untuk mempamerkan, bekongsi maklumat, berkongsi hobi dengan mereka. Kami di TPR juga begitu.
Sesiapa yang ingin menyertai kami di Pasar Tani Flet Temenggong setiap pagi Ahad, boleh hubungi kami di TPR.
Semoga aktiviti keluar sarang ini akan lebih meriah pada minggu-minggu yang akan datang.
Oleh kerana TPR tidak mempunyai lesen pasar tani, kami hanya berniaga di kawasan letak kereta bersama peniaga-peniaga lain yang takde lesen.
Tuesday, 5 June 2012
Pesta Arnab 2012
Sebahagian arnab Dutch (pure breed) yang mengambil bahagian dalam Pesta Arnab 2012.
Gambar di atas diambil 2 bln sblm pesta berlangsung.
Di antara acara yang berlangsung adalah....
Gaya bebas...
Di antara acara yang berlangsung adalah....
Kuak lentang,
Kuak dada (rama-rama), dan..

Aktiviti berendam dalam rempah sebagai sebagai persediaan acara utama.
Ha..ha...
Lazat sampai menjilat tulang...
Ha..ha...
Lazat sampai menjilat tulang...
Thursday, 24 May 2012
Arnab Albino
Adakah ini arnab albino?
Atau sekadar arnab kampung yang berbulu putih, bermata merah....
Arnab biasa, tetapi tetap istimewa.
Thursday, 26 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)


























