Di mana terletaknya khasiat ginseng jawa? Pada daun atau pada akarnya? Adakah anda pernah dengar tentang keracunan ginseng jawa?
Kalau ikut sembang -sembang orang Jawa, ginseng ini mempunyai khasiat pada daun dan juga akarnya.
AKAR - Meningkatkan kualiti sperma
DAUN - Meningkatkan stamina, mengelakkan keletihan.
Bagaimana nak tahu kebenaranya?.... Kena la test kat arnab anda...
Tuesday, 29 October 2013
Ginseng Jawa. Kebenarannya?
Monday, 30 September 2013
Rex Merah, Biru & Hitam
Rex kelahiran kali ini pada asalnya 4 ekor, tapi mati sekor pada hari ke-3. Dilahirkan oleh ibu yang memang tak beranak banyak, tapi anak-anakya kebiasaannya besar-besar. Tak banyak takpe, yang pentig kualiti superb..
Masalahnya sekarang sangkar tak cukup. Kemungkinan 8 ekor induk NZW terpaksa dilepaskan/dijual/disembelih...
Monday, 23 September 2013
Rex Satin
Setelah beberapa tahun, mungkin inilah hasilnya. Tona warna dan kilauan satin semakin stabil dan lebih menonjol.
Mengikut pengalaman kami, setiap kali kelahiran Rex Satin, akan terdapat seekor anak mempunyai bulu lutsinar. Secara mata kasar anak ini kelihatan seperti warna putih. Tetapi jika dilihat secara teliti atau dilihat dari sudut yang berbeza, sebenarnya anak ini mempunya warna. Jaga ia dengan baik, pasti tidak akan mengecewakan...
Monday, 15 July 2013
New Zealand White
Arnab pedaging NZW. Comel, kiut dan aktif. Baka NZW kerap digunakan sebagai arnab pedaging kerana pertumbuhan yang cepat dan nisbah tulang dan daging yang rendah. Arnab jenis ini mudah dijaga. Mempunyai bulu yang sedikit kasar dan mudah gugur. Kepala arnab jantang lebih bulat berbanding betina yang sedikit tirus. So, yang jantan secara perbandingan lebih hensem berbanding betina. Untuk mencari NZW yang baik jangan melihat kepada berat sahaja, tetapi lihat juga kepada saiz badan. Tak guna kalau berat tetapi kecil. Kerana biasanya itu berat perut je.. bukan berat daging. Apa pun yang penting kalau hati dah berkenan sapu jer...
Labels:
Albino,
Arnab Pedaging,
New Zealand White,
Santai
Thursday, 4 July 2013
Arnab vs Daun Buluh
Mula-mula semua macam baik je...
Tak tau pulak arnab suka makan daun buluh madu. Sampai sanggup panjat & buat tempat lepak atas pokok.
Macam mana dia panjat?
Sampai botak pokok buluh ni...
Yang ni terjatuh keluar masa panjat pokok tadi...
Labels:
Arnab Pedaging,
Local Mix,
Penjagaan Arnab,
Sangkar Arnab,
Santai
Thursday, 13 June 2013
Sangkar Arnab Paling Simple
Material yang perlu ada adalah 20 kaki panjang x 1 meter tinggi dawai jaring dan cable tie. Cantumkan hujung dawai tadi menggunakan cable tie untuk membetuk lingkaran seperti dalam gambar di atas. Pastikan ada teduhan untuk melindungi arnab dari panas matahari.
Hasilnya... arnab seperti dalam habitat asal.
Anda juga boleh menggunakan longkang atau pasu yang diterbalikan
untuk tempat berteduh daripada hujan.
Arnab sedang bersantai..
Masa makan..
Wednesday, 22 May 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)






















