Wednesday, 14 December 2011

Rex Satin

Rex Satin adalah Rex yang memiliki bulu berkilau seperti satin.  Kilauan pada bulu arnab ini adalah disebabkan oleh bulu yang lutsinar (telus  cahaya). 

Arnab satin pada asalnya dibangunkan di Amerika Syarikat pada tahun 1930-an.

Arnab jenis ini umumnya mempunyai kerektor yang tenang dan lembut, menjadikan ia sesuai sebagai haiwan kesayangan untuk kanak-kanak, namun mereka lebih biasa disimpan oleh penternak arnab untuk tujuan pertandingan. Oleh itu ia kurang diketahui oleh orang ramai. 

Di antara koleksi Rex Satin di TPR.
Rex Satin 5 hari
Rex Satin 12 hari

Wednesday, 30 November 2011

Siapa Ada Kehilangan Arnab?

Kulaijaya: Seekor arnab dipercayai baka Lionhead, telah ditangkap kerana didapati bemain-main di bawah kereta, tanpa tuannya. Arnab tersebut kemudianya telah ditangkap dan diserahkan kepada Tropical Park Rabbitry untuk penjagaan sementara sehingga tuannya dijumpai. 
  
Sesiapa ada kehilangan arnab, sila hubungi Tropical Park Rabbitry di talian 013-7000 922 (Zaki) untuk mengambil kembali arnab anda ini. Jika dalam masa 72 jam arnab ini tidak dituntut, kemungkinan besar arnab ini akan bertukar rupa menjadi rendang arnab atau pun sate arnab atau pun kari arnab he..he..he.. 

Hebahan untuk mencari tuan arnab ini telah pun dibuat di papan kenyataan pintu gate utama Taman Tropika Kulaijaya. Hebahan dalam akhbar utama, belum lagi....
Arnab mangsa keadaan...

Monday, 28 November 2011

Aktiviti Arnab di Tengah Hari

Apa aktiviti arnab anda di tengah hari?
  1. Berenang
  2. Berjoging
  3. Tidur
  4. Makan
  5. Tengok wayang
  6. atau lain-lain yang tidak dinyatakan di atas.
Arnab anda, anda yang tahu. Tetapi di TPR....
Melepak adalah aktiviti utama arnab kami di Tengah hari. Layan.....






Monday, 21 November 2011

Kenapa Arnab?

Kenapa arnab menjadi pilihan sebagai binatang peliharaan. Kenapa tidak kucing, anjing, kura-kura, ular, kuda, lembu, kambing, dinosaur, labi-labi atau pun cipan?

Kerana arnab....
  1. Tidak memerlukan ruang yang luas. Sangkar dengan keluasan 4 kali ganda saiznya sudah memadai dan dianggap selesa untuk seekor arnab.
  2. Kos makanan yang rendah. Arnab dewasa yang mempunya berat 3kg hanya memerlukan 1/2 cawan pelet sahaja sehari iaitu lebih kurang 60 gram. Jika pelet arnab anda berharga RM3.00 sekilo, kos sehari hanyalah RM0.18 sahaja. Selebihnya berikan arnab anda timothy hay. Sekilo timothy hay berharga RM10.00 boleh bertahan sehingga 2 bulan. Bermakna kos timothy hay sehari hanyalah RM0.17. Total keseluruhan makanan RM0.35 sehari.
  3. Penyelenggaraan yang mudah. Sangkar arnab hanya perlu dibersihkan 3 hari sekali.
  4. Arnab tidak pandai menyalak di tengah malam atau mengokok (berkokok) di awal pagi. Tidak mengganggu jiran-jiran anda.
  5. Arnab tidak perlu dimandikan, maka anda tidak akan dibebani bil air yang melampau.
  6. Arnab sedap dijadikan rendang, sate, sup atau dipanggang begitu sahaja bila aku rasa macam dah boring nak bela arnab. Ha.. ha.. ha...
Aktiviti tokey arnab bersama arnab-arnabnya.... Layan...
Lionhead

Umur : 16 hari

Dutch

Akan dilelong tak lama lagi...

Tokey arnab tengah ambik order...

Comel, bijak dan manja.... Adakah anda yang arnab cari...

 Note : Maklumat di atas adalah dari pengalaman kami di TPR dan hanya boleh dibuat sebagai rujukan tambahan sahaja. Untuk meklumat yang lebih lanjut sila berhubung dengan Jabatan Haiwan yang berdekatan di tempat anda.




Monday, 14 November 2011

Kari Pedas Daging Arnab

Bahan - bahan :

1.5 kg daging arnab
2 biji bawang besar - digiling
7 biji buah keras - digiling
1.5 sm kunyit - digiling
3 batang serai - digiling
1.5 sm langkuas - digiling
3 ulas bawang putih - digiling
15 tangkai cili kering - digiling
1 sudu teh serbuk biji sawi
1.5 kg ubi kentang - dibelah empat
2 biji cili hidup - dibelah dua
1cawan minyak masak
1 cawan air
1 sudu besar cuka
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Membuat :
  1. Panaskan minyak dan tumis biji sawi dan bahan yang telah digiling sehingga mengeluarkan aromanya.
  2. Selepas itu masukkan air bersama dengan ubi kentang yang telah dibelah empat.
  3. Setelah agak empuk, masukkan pula daging yang telah dipotong .
  4. Apabila daging telah masak, masukkan cili, garam dan serbuk perasa secukupnya

Note : Artikel di atas diambil dari http://resepiarnab.blogspot.com

Wednesday, 26 October 2011

Daging Arnab Rendang Kicap Berempah



Bahan - bahan :

600 g daging arnab
1/2 cawan kicap pekat
15 tangkai cili kering - digiling
1 sudu teh jintan manis - digiling
1 sudu teh jintan putih - digiling
3 sudu besar ketumbar - digiling
6 ulas bawang merah - digiling
4 ulas bawang putih - digiling
2.5 sm halia - digiling
3 sudu besar gula
1 biji bawang besar
(dipotong bulat)
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA
:
  1. Daging dipotong kecil-kecil dan toskan.
  2. Kemudian gaulkan daging bersama dengan bahan yang telah digiling, kicap dan gula.
  3. Perapkan selama 1/2 jam.
  4. Panaskan minyak dan tumis daging tadi dan setelah empuk masukkan garam. Jika daging tadi agak keras masukkan sedikit air dan kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan bawang yang telah dipotong bulat. Setelah masak angkat dan hidangkan.
Note : Artikel di atas diambil dari http://resepiarnab.blogspot.com

Wednesday, 21 September 2011

Arnab baka Dutch

SEJARAH
Berasal dari Holland pada sekitar tahun 1850. Pada masa itu ia di gelar Hollan Rabbit. Ia telah dibawa masuk ke England pada tahun 1864 dan di sinilah bermulanya populariti baka Dutch dan akhirnya telah dieksport ke seluruh dunia.

Keadaan Fizikal
Baka Dutch adadalah arnab jenis padat yang agak kecil, dengan telinga yang berdiri, kaki belakang yang tegang, berkuasa dan lebih panjang daripada kaki depan. Arnab Dutch sentiasa putih dengan tambahan warna asas yang lain. Mereka adalah salah satu daripada arnab yang paling popular dipelihara sebagai haiwan kesayangan hari ini. Arnab Dutch dewasa mempunyai berat antara 4-5 ½ paun dan secara purata akan hidup 5 hingga 8 tahun, jangka hayat yang lebih panjang boleh dicapai jika jantan atau spayed (disunatkan). Jangka hayat paling lama yang telah dilaporkan adalah 15 tahun.

Watak dan Perangai
Arnab Dutch adalah haiwan peliharaan yang sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Arnab Dutch pada umumnya baik dan agak suka berinteraksi, bijak dan mudah dilatih. Arnab boleh dilatih untuk mengenali nama mereka dan datang apabila dipanggil.
Arnab mudah terkejut dan tindak balas semula jadi mereka untuk melarikan diri. Kaki belakang mereka yang berkuasa dan otot lumbar direka untuk melarikan diri secara tiba-tiba.
Arnab paling aktif pada waktu pagi dan pada waktu malam dan tidur pada waktu siang. Arnab menikmati berjalan dan melompat. Tingkah laku itu ialah suatu tanda arnab bahagia.

 Variasi Arnab Dutch
Dutch lebih dikenali dengan warna hitam dan putih tetapi ada juga warna-warna lain yang boleh didapati walaupun agak sukar untuk menjumpainya. Arnab Dutch mempunya 8 variasi warna iaitu hitam, blue, chocolate, tortoise, steel, brown grey, yellow dan harlequien




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...